Dhiya' ( Cahaya )

Tuesday, November 10, 2009

" Dan di antara bukti tanda-tanda kekuasaanNya, Dia menjadikan bagi kamu pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu merasa tenang ketika bersamanya, dan Kami jadikan di antara kamu itu perasaan kasih sayang dan belas.. "

Seperti biasa, blog menjadi tempat untuk meluahkan segala perasaan, al-maklum lah..diri ini hanya menjadi the good litsener kepada orang lain sedangkan hanya blog usang ini sahaja my good litsener, not others, sebab tak pernah nak mintak sesiapa untuk menjadi pendengar setia rintihan hati ini.. thanks sebab menjadi sebahagian dari hidup ini..hanya Allah sahaja merupakan ' pendengar dan pemerhati setia ' segala apa yang tersurat dan tersirat dalam hati para hambaNya. semoga Allah mengampunkan dosamu, Mohd Nor Adzhar, kedua ibu bapanya..dan sekalian muslimim. Amin.

Hidup ini hanyalah pentas opera.. kitalah para pelakon-pelakonnya.. ada babak gembira, suka, tawa, sedir, gusar, takut dan sebagainya.. Islam sebagai ' skrip ' nya dan Al-Qur'an serta Al-Sunnah sebagai panduannya. Allah sebagai ' pengarah ' nya.. Maka, koreksi diri para pelakon pementasan ini, adakah mereka mengikuti skrip dan tugasan yang diberi oleh ' pengarah ' atau sebaliknya..

Demikian aku..hanya picisan dari para pelakon..aku sebagai watak sampingan dalam pementasan teater hipup kalian wahai sahabatku, aku juga seperti kalian, ada babak gembira dan duka, tawa dan bermuram durja. Kehadiranku dalam pementasan ini juga tidak dipinta, akan tetapi tugasan ini akan kupikul sedaya cuma, sebagai memenuhi tuntutan dunia.

Pelakon ini hanya ingin mencari ihsan pengarahnya, meminta simpati agar dirinya dipandang pada hari pembalasan kelak, hari yang mana tiada naungan kecuali naunganNya.

" Ya Allah, hambaMu yang kerdil ini cuma mahukan yang halal, dan sedaya upaya menjauhi yang haram..akan tetapi kutahu mencari yang halal itu penuh berliku kerana disebaliknya ada kemanisan yang tiada batasan dan pahala yang sentiasa mengalir berterusan.."

Terima kasih kuucapkan kepada sahabat baikku, kutahu kau juga seperti ku..ingin mencari yang halal dan menjauhi yang haram..akan tetapi jalan menuju ke arahnya penuh liku..bersabarlah wahai sahabatku..moga kau setia menanti..seperti diriku..

Hilangkanlah segala duka dan gusarmu..pasrahkan hatimu pada kehendak tuhan, dia telah menetapkan segala urusanmu semenjak empat bulan dalam kandungan ibumu..rezkimu, jodohmu, ajalmu semuanya telah ditentukan..

" kadangkala sesuatu yang dikau benci itu ada kebaikan bagimu dan kadangkala sesuatu yang dikau sayangi itu merupakan perkara yang buruk bagimu.. "

Ikhlaskanlah hatimu wahai sahabatku..titilah kehidupan mendatang dengan hati yang terbuka dengan apa yang telah ditentukan..pandanglah ke hadapan dan lupakan kenangan silammu..semoga dikau benar-benar menjadi cahaya yang bisa menyinari kehidupan yang seketika cuma ini..

Salam sayang kerana Allah dari sahabatmu.



Adam Nukhbatul Fikar - No luv till Akad

Tinggalkanlah ia kerana Allah

Thursday, November 5, 2009

Hari - hari yang memenatkan semakin berlalu..Peperiksaan masters hanya tinggal satu sahaja lagi kertas yang terakhir, iaitu pada hari isnin yang akan datang ini, jadi bolehlah saya menulis semula setelah lama juga blog ini " bersawang "ditinggalkan penghuninya..

Dalam dua tiga hari yang memenatkan ini juga banyak perkara yang menarik ingin saya semadikan di dalam blog usang ini, agar ianya menjadi tatapan generasi akan datang sekiranya ianya masih ada..Nampaknya pelangi petangku juga semakin pudar dek menjelmanya kegelapan malam..

Setelah beberapa ketika berhempas pulas dengan pelbagai karya dan fakta..minda menjadi tepu dengan nama para masyaikh, nombor-nombor yang menjadi rumuz kepada mereka serta karya dari jerih payah tinggalan mereka, maka masih ada juga perkara yang gagal ku titikberatkan sebelum mengangkat senjataku berperang dengan kata-kata sang pensyarah.

Hurm..aku memang mempunyai sifat cuai dalam banyak perkara..bila nak berubah entah!! dari zaman sekolah menengah, naik ke pengajian ijazah sarjana muda sampai ke ijazah sarjana..padahal soalan tu boleh je dijawab..!! tapi entah laa..sejarah semuanya berulang.. CARELESS!!

Hilang 10 markah sebab CARELESS :(


Dan..pelangi petangku pun semakin pudar sinarnya.. tidak mengapa wahai sang pelangi.. hadirmu sementelah hujan membasahi manusia, lalu dikau hadir membawa cahaya, sinar indahmu mengaburi pandangan mata, mata-mata yang dahagakan kasih dan cinta..hadirmu sebentar cuma, tapi bisa menenangkan hati yang dilanda duka, datangmu tanpa dipinta..pergimu tanpa disapa ..betul katanya : " pelangi petang cuma sementara.. "

Bersabarlah wahai sang pelangi.. moga sinarmu akan kembali..sabarku menunggu sepenuh hati.. kerana kutahu akan hadirmu yang pasti.. jika bukan di dunia ini.. akhirat menanti..kau akan ku dakapi.. khas buatmu sang pelangi :)

Maafkan daku duhai sahabat-sahabatku..sekiranya kehadiranku ke dalam dunia kalian bisa menggusarkan dan mengeruhkan keadaan..aku hanya umpama sang pelangi yang hadir di petang hari..munculnya untuk memberi sedikit sinar kepada kehidupan kalian ketika datangnya saat sukar. Keindahan pelangi petang yang seketika cuma ini akan berlalu dengan datangnya kegelapan malam..begitulah aku..akan meninggalkan kalian pada suatu hari kelak..cuma dikesempatan ini, biarlah pelangi petang ini memberi sedikit sinar warnanya sekadar apa yang termampu..moga selepas pemergian pelangi ini..kalian akan mengingati keindahan dan keceriaannya..dan kemunculannya semula kalian nantikan..

" Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana Allah, nescaya Allah akan menggantikan untuknya dengan sesuatu yang lebih baik darinya "
- Al-Hadith -



Kelahiranmu semula pasti kan kutunggu..dengan penuh sabar
Nukhbatul Fikar - No luv till Akad =)

Friday, October 23, 2009

Terimalah Seadanya




“ Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Jangan sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja, kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja, kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu .

“ Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu, apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang, sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya, akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhir hayat .

“ Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu dan mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain, terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal .






Nukhbatul Fikar :-)

permata yang dicari

Wednesday, October 21, 2009


Permata Yang Dicari
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu




No Love Until Akad :-)
Nukhbatul Fikar

Design of Open Media | To Blogger by Blog and Web